Sistem Kedudukan Sejagat
atau GPS adalah satu alat teknologi yang berfungsi untuk mengetahui kedudukan
seseorang atau sesuatu dengan menggunakan satelite. Penggunaan GPS dalam kapal
pukat tunda yang berfungsi untuk mengetahui kawasan-kawasan boleh memberikan
hasil tangkapan yang banyak. Selain itu , GPS ini boleh mengesan segala
halangan yang terdapat di permukaan air dan juga boleh menunjukkan arah dengan
tepat serta dapat memberikan anggaran akan kejauhan lokasi yang ingin dituju
oleh kapal pukat tunda.
2.
Radar
Radar yang digunakan di
kapal pukat tunda pula adalah untuk melihat keadaan di atas permukaan air
sejauh 10 ke 20 batu. Radar ini mempunyai dua alat yang penting iaitu, alat
pengesan yang terletak di atas kapal. Alat ini akan berputar untuk
melihat keadaan sekeliling.
Alat Pengesan
Apabila
alat ini (gambar di atas) berfungi, maka alat tersebut akan menghantar keadaan
sekeliling ke “monitor radar.” Dengan adanya monitor ini, maka kapten kapal
akan dapat melihat keadaan sekeliling kapal tersebut contohnya jika terdapat
kapal yang menghala ke arah yang sama, maka kapten kapal akan dapat mengubah
arah kapalnya bagi mengelakkan kemalangan. Alat ini dapat memberikan
keselamatan terutamanya pada waktu malam oleh kerana pandangan mata pada waktu
itu adalah terhad.
Monitor radar
3. Radio VHF
Teknologi ini adalah sebagai alat penghubung di antara ahli kapal pukat tunda dan juga Jabatan Perikanan. Perhubungan yang dimaksudkan adalah seperti untuk mendapatkan bantuan sekiranya terdapat kerosakan pada kapal. Selain itu, perhubungan juga dapat dibuat dengan kapal-kapal pukat tunda yang sedang beroperasi bagi mendapatkan info-info berkenaan dengan keadaan laut dan sebagainya.
4. Echo Sounder
Alat ini berfungsi untuk mengukur kedalaman air iatu
dengan menghantar gelombangan dari alat ini ke dasar laut. Maka gelombang itu
akan mengantul balik ke atas apabila mengena mana-mana objek dan durasi dari
antulan itulah yang melihatkan kedalaman laut tersebut. Mengetahui tahap
kedalaman dasar laut adalah penting, ini adalah untuk mengetahui berapa panjang
pukat tunda yang harus digunakan.
Selain itu, alat ini juga dapat melihat objek-objek yang terdapat di bawah permukaan air. Dengan adanya alat ini, akan dapat menlindungi kapal dan juga pukat kapal tersebut dari kerosakan. Bukan itu sahaja, alat ini juga berfungsi untuk mengetahui akan kedudukan ikan.
Echo
Sounder
5. Winch
Winch ini berfungsi untuk menurunkan dan juga
menaikkan pukat tunda. Alat ini berada di belakang kapal pukat tunda
6. Storage (Tempat Penyimpanan Ikan
Pada zaman dahulu, dalam penyimpanan ikan hanya memerlukan ais bagi mengekalkan kesegaran ikan. Walau bagaimanapun, dengan peredaraan masa begitu jugalah terlahirnya bermaca-macam inovasi yang ada. Bagi kawasan zon 2, tempat penyimpanan ikan adalah petak yang diisi dengan ais.
Dari temubual yang telah dilakukan bersama Yee Chee Kong iaitu kapten kapal pukat tunda ‘Mawas’ yang beroperasi di zon 2, beliau menyatakan bahawa, mereka memerlukan sebanyak 40 batang ais setiap kali kapal pukat tunda mereka beroperasi. Ini bertujuan agar hasil tangkapan ikan mereka dalam keadaan baik apabila sampai ke darat.
Oleh kerana bentuk kapal pukat tunda zon 2 ini lebih kecil berbanding dengan kapal pukat tunda zon 3, maka kapal tersebut sukar untuk mempunyai bilik dingin (freezer). Berbeza dengan kapal pukat tunda yang beroperasi di zon tiga, oleh kerana bentuk kapal ini lebih besar berbanding dengan kapal pukat tunda zon dua, makan kapal ini mempunyai bilik dingin (freezer) sendiri. Bilik ini juga merupakan stor bagi penyimpanan ikan yang telah ditelah diperolehi.
Bilik dingin
yang terdapat dalam kapal pukat tunda zon 3
Petak ais bagi
penyimpanan ikan untuk kapal pukat tunda zon 2
7. Kompas
Magnetik
Kompas Magnetik ini merupakan teknologi yang terawal
digunakan sebelum terciptanya teknologi GPS. Namun, setelah kedatangan GPS,
magnetic compass ini jarang lagi digunakan namun alat tersebut masih lagi
menjadi alat yang penting dan dimestikan ada di dalam setiap kapal. Alat ini
sekarang merupakan langkah keselamatan sekiranya alat GPS tidak dapat berfungsi
dengan baik atau menghadapi kerosakan.
Kompas Magnetik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan