Spesifikasi
Kapal
|
Zon
2
|
Zon
3
|
Warna
|
Oren
|
Biru
|
Panjang
(Metre)
|
19
|
24
|
Lebar
(Metre)
|
6
|
8
|
Kuasa
enjin
|
250Hp
– 350Hp
|
351Hp
atau lebih
|
Berat
hasil tangkapan
|
15
tan
|
100
tan
|
Keperluan
Minyak (Diesel)
|
12
– 13 drum
|
25
drum
|
Penggunaan mata pukat tunda juga harus
diberikan perhatian oleh tiap-tiap kapal pukat tunda yang hendak menjalankan
operasi penangkapan ikan. Buat masa ini, Jabatan Perikanan hanya memberikan
kebenaran untuk menggunakan mata pukat tunda yang besarnya tidak kurang dari
51mm apabila ditarik dan dibentuk menjadi empat segi dengan mengambil kira
kaedah pemotongan “all bar” pada bahan pukat tunda. Ini adalah bertujuan
untuk menggelakkan pembaziran dari penangkapan anak-anak ikan yang tidak mempunyai nilai komersil. Rajah mata pukat tunda tersebut adalah
seperti gambar di bawah ini:
Hampir keseluruhan kapal pukat tunda yang terdapat di Negara Brunei Darussalam dibeli dari Malaysia yang diperbuat daripada kayu. Kayu-kayu tersebut merupakan kayu yang tahan lama dan tidak mudah rosak seperti kayu kapur, kayu sarang batu dan juga kayu bulian. Namun demikian, kapal-kapal pukat tunda yang terdapat di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding kapal pukat tunda yang terdapat di beberapa buah negara luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan