Penggunaan pukat tunda telah
bermula di Brunei seawal tahun 1960-an. Pada waktu itu, 6 buah bot pukat tunda bersaiz kecil telah dibawa dari Jepun untuk menangkap ikan di Negara Brunei Darussalam. Ini adalah inisiatif peniaga Brunei dengan pemodal Jepun untuk memperbanyakkan lagi hasil tangkapan ikan. Namun, penggunaan bot pukat
tunda ini hanya mampu bertahan selama dua tahun kerana terjadinya
kontroversi antara pengguna bot pukat tunda dengan nelayan yang menggunakan teknologi penangkapan ikan tradisional.
Walau bagaimanapun, Jabatan Perikanan membuat penyelidikan berhubungan dengan kaedah penangkapan ikan yang mampu memberikan hasil yang lumayan, maka pada tahun 1980-an, pukat tunda telah digunakan semula. Tetapi, dengan perkembangan teknologi, penggunaan kapal atau vesel telah menggantikan penggunaan bot. Penggunaan kapal ini adalah untuk memudahkan pengguna bukan sahaja untuk menjimatkan masa untuk pergi dan balik, namun ia juga mampu melipat gandakan lagi hasil tangkapan ikan.
Sehingga tahun ini (2012), terdapat sebanyak 21 buah kapal pukat tunda di Brunei iaitu 15 buah kapal bagi zon dua dan juga 6 buah kapal bagi zon tiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan