PENGENALAN

Sektor perikanan adalah salah satu sektor yang penting di Negara Brunei Darussalam dalam membekalkan sumber protein dan juga memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang berminat khususnya warga tempatan. Di samping itu, sektor perikanan juga dapat menyumbangkan pendapatan ekonomi melalui perdagangan eksport yang dilaksanakan oleh beberapa pengusaha di sektor perikanan yang hasilnya kemudian didapati dengan tukaran nilai mata wang asing.

Dengan meningkatnya keperluan sumber protein di kalangan masyarakat Brunei, memerlukan kepada penggunaan pukat tunda dalam meningkatkan hasil tangkapan yang lebih lumayan. Penggunaan pukat tunda di Negara Brunei Darussalam telah bermula ketika zaman Negara Brunei Darussalam berkerajaan sendiri lantas berkembang sehinggalah Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan dan berterusan sehinggalah ke hari ini.


Tujuan
Ingin mengkaji teknologi penangkapan ikan pukat tunda dan komuniti nelayan pukat tunda yang wujud bersamanya. 


Objektif

Untuk mengkaji latar belakang dan perkembangan pukat tunda yang digunakan di Negara Brunei Darussalam,

Untuk menganalisis secara terperinci teknologi pukat tunda dengan memberi tumpuan kepada pelbagai aspek seperti spesifikasi, teknologi yang terdapat di dalamnya dan proses penggunaannya, dan

Ingin mengenalpasti komuniti nelayan pukat tunda dari pelbagai aspek seperti lokasi, negara asal, aktiviti harian dan sumbangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger