KOMUNITI NELAYAN PUKAT TUNDA

Melalui teknologi pukat tunda ini, maka wujudlah satu komuniti yang dipanggil komuniti nelayan pukat tunda. Komuniti ini banyaknya tertumpu di kawasan-kawasan pendaratan ataupun pelabuhan seperti di kawasan pendaratan air, Jalan Perusahaan, Serasa, Negara Brunei Darussalam.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli komuniti nelayan pukat tunda  ini biasanya terdiri daripada warga asing seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Lazimnya, komuniti ini bersifat memerlukan di antara satu dengan yang lain. Mereka melakukan hal-hal yang sama dan bekerja secara bergilir seperti menarik dan menurun pukat tunda dengan  menggunakan teknologi winch, mengasing-ngasingkan ikan mengikut jenis dan sebagainya. 

Apabila mereka memperolehi  hasil tangkapan, komuniti ini akan sama-sama bekerjasama mengasing-asingkan hasil tangkapan mengikut jenis-jenis ikan dan kemudiannya disimpan ke dalam daram yang berisi ais supaya ikan-ikan tersebut dapat bertahan lama dan kekal segar.





Jika terdapat kerosakkan pada pukat tunda, komuniti ini akan memperbaikinya di kawasan pendaratan.





Dengan adanya komuniti ini, ia secara tidak langsung membantu sektor perikanan dan pengusaha-pengusaha perikanan serta masyarakat di Brunei dalam menyumbang kepada sumber ekonomi negara dan juga keperluan asasi masyarakat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger