Penggunaan vesel
pukat tunda dalam aktiviti menangkap ikan telah mewujudkan komuniti nelayan
pukat tunda. Penggunaan vesel pukat tunda secara komersial telah dimulakan
sejak Negara Brunei Darussalam menacapai kemerdekaan pada tahun 1984. Ini memperlihatkan
komitmen pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan sumber perikanan bagi memenuhi
permintaan sumber perikanan yang semakin meningkat setiap tahun. Bermula dari 3
buah pukat tunda yang hanya beroperasi pada tahun 1984, kini telah meningkat
kepada 21 buah pada tahun 2012 di Negara Brunei Darussalam. Vesel pukat tunda yang
digunakan boleh dikategorikan sebagai adunan antara tradisi dengan moden. Ini
jelas walaupun bahan binaan vesel pukat tunda masih menggunakan bahan tradisi
iaitu daripada kayu, namun ia dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden seperti
Global Positioning System (GPS), Radar, Radio VHF, Echo Sounder dan Winch.
Kewujudan komuniti nelayan pukat tunda bersama kewujudan vesel pukat tunda telah membawa perkembangan baru dalam aktiviti-aktiviti penangkapan ikan di Negara Brunei Darussalam. Bagaimanapun, komuniti ini dikuasai oleh warga asing yang sebahagian besar kegiatan mereka berlangsung di tengah laut dan kawasan pusat pendaratan vesel pukat tunda. Ini memperlihatkan sebahagian besar komuniti ini hanya menyumbang kepada aktiviti-aktiviti perikanan sahaja. Dalam aspek yang lain, penguasaan warga asing dalam aktiviti penangkapan sumber perikanan yang menggunakan vesel pukat tunda telah menjejaskan secara tidak langsung kemahiran penangkapan ikan secara moden kepada warga tempatan. Dalam hal ini, tindakan segera daripada pihak Kerajaan dan swasta dalam mewujudkan satu komuniti nelayan daripada warga tempatan sangat perlu, agar kemahiran dalam penangkapan ikan secara moden dapat dipindahkan dan dikuasai oleh warga tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan