PROSES PENANGKAPAN

Proses penangkapan akan bermula apabila kapal pukat tunda tersebut sudah tiba ke destinasi ataupun lokasi yang dipercayai terdapatnya sekumpulan ikan. Apabila kapal bersedia untuk menurunkan pukat kapal tersebut, maka kapal akan menurunkan had kelajuan sehingga ke 3 knot. Selepas itu, winch akan berputar untuk menurunkan pukat ke laut. Pukat kapal ini terdiri daripada keroncong kapal, perut pukat, sayap pukat, tali sayap, papan kepak, tali penunda dan juga pelampong. Tiap-tiap bahagian ini dapat dilihat pada gambar di bawah ini.




           

Apabila pukat telah dilabuhkan, maka keroncong  pukat akan tenggelam terlebih dahulu lantas diikuti dengan perut pukat, sayap pukat, tali pukat, papan kepak dan akhir sekali adalah tali penunda. Tali penunda ini dipasangkan dengan sayap yang terletak di atas kapal bertujuan agar pukat yang berada di lantai laut itu sentiasa terbuka. Manakala papan kepak yang dipasang pada pukat ini akan masuk ke dalam tanah. Ini bertujuan agar pukat akan sentiasa berada di atas permukaan tanah. Manakala, pelampong pula terletak di atas pukat, ianya berfungsi agar pukat ini akan sentiasa berdiri apabila kapal telah menarik pukat tersebut. Semasa proses penangkapan ikan ini, kapal akan menunda pukat selama tiga ke empat jam. Setelah selesai, winch akan digerakkan untuk menaikkan pukat ke kapal.
Pelampong Pukat
Papan Kepak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger